syukur dalam setiap keadaan :)

Ketika Nabi Ayub a.s diuji dengan kesakitan,kehilangan anak-anak dan lain-lain ujian, isteri baginda bertanya:

"Sampai bilakah perkara ini akan berterusan?"

Nabi Ayub a.s bertanya: "Berapa tahunkah kita diuji?"

"7 tahun" jawabnya

Nabi Ayub a.s bertanya lagi: "Berapa tahun kita dikurnia dengan nikmat yang pelbagai?"

"80 tahun" jawab isteri baginda.

Kata Nabi Ayub a.s lagi: "Bagaimana sanggup engkau mempersoal ujian dariNya yang baru beberapa tahun sedangkan nikmat telah Dia berikan kepada kita selama 80 tahun?"

Setiap hari Dia memberi rezeki yang melimpah ruah kepada kita dan sesekali Dia akan mengambilnya semula bukan

 kerana Dia tidak sayangkan kita tetapi kerana Dia mahu melihat setegar mana kita berhadapan dengan ujian-Nya.

 maka kita perlu redha :)



No comments:

Post a Comment