Tajdid Iman

Ganjaran pahala sempurna bagi ummah rahsiakan amal ibadat


Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan Kami hadapkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu umpama debu yang berterbangan, tiada bernilai.” (Surah al-Furqan, ayat 23)
Firman Allah di atas jelas menunjukkan IKHLAS tidak akan berada di hati orang yang gilakan pujian. Boleh jadi jasanya dikenang manusia tetapi di sisi Allah ia tiada bernilai walau seberat debu.
Sesungguhnya ikhlas adalah rahsia antara Allah dan hamba-Nya. Tidak ada seorang pun yang mengetahui rahsia itu walaupun dia adalah malaikat pencatat amalan. Pengetahuan lupus atau tidaknya amalan manusia hanya berada pada ilmu Allah.
Walaupun pada mula ibadah yang kita lakukan tidak berniat untuk mendapat pujian tetapi jika menceritakan ibadah yang kita lakukan kepada orang lain dengan tidak sengaja kita telah menjadikan amalan yang kita lakukan hanya untuk mendapat pujian orang lain.
Penampilan luaran kadang-kadang boleh menipu, oleh itu Allah hanya melihat yang berada di dalam hati dan diamal dengan nyata. Tanda ikhlas itu jika dilihat orang atau tidak, dia tetap melakukan amal dengan berkualiti kerana Allah.
pesanan untuk diri sendiri dan InsyaAllah iktibar untuk orang lain :) 
check diri sendiri sebelum check orrang lain :)

No comments:

Post a Comment