Bila kita sayangkan seseorang, apa yang kita mahu hanyalah yg terbaik untuk dia.
Kita nak dia sihat, selamat, berjaya, mendapat restu dan cinta Allah, dan sejuta lagi kebaikan.
Kita usahakan yg baik-baik untuk dia, walaupun kita tak mampu tahan mudharat jika ditakdirkan.
Kita cuma mampu merawat, tapi tak mampu menyembuhkan.
Kita cuma mampu memberi makan, tapi tak mampu memberi kenyang.
Kita cuma mampu berdoa, tapi tak mampu menghadirkan keperluannya.
Nah, bila kita tahu tiada siapa yg lebih sayangkan kita melebihi Allah,
Maka apa lagi yg kita bimbang?
Adakah tempat lain lagi utk kita berharap, selain kepada Allah?
"Hanya Allah tempat kita bergantung."
Surah Al Ikhlas.