dengan menaiki seekor baghal, manakala anaknya pula
mengikut dari belakang.
Melihat tingkah laku Luqman itu, sesetengah orang yang
berdiri di pinggir jalan pun berkata :
“Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa. Dia sedapsedap duduk menaiki baghalnya sedangkan anaknya pula
dibiarkan berjalan kaki."
Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari
orang ramai maka Luqman pun turun dari baghalnya itu lalu
diletakkan anaknya di atas baghal itu dan kembali berjalan.
Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar itu
berkata pula :
"Sungguh biadab budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan
kaki sedangkan anaknya sedap menaiki baghal itu."
Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus
naik ke atas belakang baghal itu bersama-sama dengan
anaknya.
Kemudian sesetengah orang ramai pula berkata lagi :
"Lihat dua orang itu menunggang seekor baghal, alangkah
siksanya baghal itu membawa beban yang berganda."
Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka
Luqman dan anaknya turun dari baghal itu dan
menyambungkan perjalanannya, kemudian terdengar lagi
suara orang berkata :
"Ada baghal tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah
bodohnya!"
Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah,
Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap
manusia dan telatah mereka, katanya :
"Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan
manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil
pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang
siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi
pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."
mulut orang memang kita tidak boleh nak tutup untuk menilai dan mencari kesalahan kita tetapi percayalah jika kita mementingkan pandangan Allah kita pasti akan terpelihara di dunia dan akhirat. InsyaAllah :)
No comments:
Post a Comment