Suka Suki ^^


takkan meletakkan harapan yang tinggi,
hanya letak sepenuh pengharapan terhadap Ilahi,

Hanya Allah yang tahu apa yang tersirat dan tersurat dalam hati ini :)

Takdir

Bila kita sayangkan seseorang, apa yang kita mahu hanyalah yg terbaik untuk dia.

Kita nak dia sihat, selamat, berjaya, mendapat restu dan cinta Allah, dan sejuta lagi kebaikan.

Kita usahakan yg baik-baik untuk dia, walaupun kita tak mampu tahan mudharat jika ditakdirkan.

Kita cuma mampu merawat, tapi tak mampu menyembuhkan.

Kita cuma mampu memberi makan, tapi tak mampu memberi kenyang.

Kita cuma mampu berdoa, tapi tak mampu menghadirkan keperluannya.

Nah, bila kita tahu tiada siapa yg lebih sayangkan kita melebihi Allah,

Maka apa lagi yg kita bimbang?
Adakah tempat lain lagi utk kita berharap, selain kepada Allah?

"Hanya Allah tempat kita bergantung."
Surah Al Ikhlas.


Hati?


Hati ini tidak boleh dipaksa,
 tetapi boleh di didik untuk suka, benci, atau cinta.
Ianya bukan kawalan manusia, tetapi Allah yang mentadbirnya.
Tetapi jika suka atau benci kita boleh kawal utk bersederhana.
Kerana mungkin apa yg kita terlalu suka akan jadi sesuatu yang kita paling benci begitu juga sebaliknya.
Hanya Allah yang mengetahui segala sesuatu.
Percayalah, Dia tidak menjadikan sesuatu dengan sia sia
tetapi penuh dengan hikmah yang luar biasa.


Aku rapuh

Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan
Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta
Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu



* ya Allah tunjukkan lah aku jalan untuk tetap setia kepadamu.
 hilangkan segala keluh kesah yang membuatkan aku tidak tenang.
berikanlah ketenangan ya Allah :'(

moderate :)

 he know what is good and what is bad for me.
have a faith on Him ;)

Only Him :')


i will not alone because i have Allah in all my journey.
i know only Him will not disappoint me :)

mencari keredhaan hidup.


"redha Allah terletak pada keredhaan ibu bapa, 
Kemurkaan Allah, terletak pada kemurkaan kedua ibu bapa"

letakkanlah kedua ibu bapamu sebagai keutamaan dalam hidup selepas Allah dan Rasul.

Hidupmu, ibadahmu, matimu hanya utk mendapat keredhaan Allah.

Dan keredhaan itu ada pada kedua ibubapa mu. 

aku percaya, ibu bapaku sentiasa ingin yang terbaik buat diriku!

i do trust them :)
    

Pray For Gaza!




Let picture tell the stories :')

kids and women are being suffered and suppressed by Israel laknatullah
they are live in fear.

but they not quit to defend themselves.


because they know Allah always with them

men there prefer to syahid in the cause of Allah because they know they will met their kids and wife in Jannah.


WE AS THEIR BROTHER AND SISTER NEED TO HELP THEM!
WE SHOULD DO SOMETHING!



 we should PRAY for them.

condemned Israel

 
boycott their product.


InsyaAllah they will be free one day but we as Muslim must show our responsibilities towards our brotherhood.

Oh Allah, Please save them :')













Azam tahun baru!


mencuba untuk bersangka baik dengan semua orang.

Ya Allah bersihkan hati ini untuk sentiasa bersangka baik dengan orang lain.

Sebagai langkah, sebelum mencari kesalahan yang org buat, cari kebaikan yang pernah dilakukan.

Kena ingat manusia memang diciptakan serba kekurangan

 Sebab itu Allah jadikan ramai orang untuk berada disekeliling seseorang manusia itu sebagai pelengkap antara satu sama lain.

Mereka yang disekeliling kita sebagai orang yang akan selalu mengingatkan kita jika kita melakukan  kesilapan.

Tak kiralah siapa pun yang bagi nasihat, kalau nasihat yang baik mesti sebab dia sayang kat kita.

Rasullullah pernah berkata 
"Dengarlah nasihat dari sesiapa pun meskipun daripada pelacur"

kita jangan lihat siapa penyampainya tapi lihatlah isi yang ingin disampaikan.

kita mesti muhasabah diri kita sendiri dulu sebelum melihat kelemahan orang lain.

ya Allah, aku memohon padaMu untuk lembutkan hati yang keras ini untuk sentisa memaafkan kesalahan orang lain dan menerima teguran dengan hati yang terbuka.

ingatlah apa yang kita beri dekat orang lain, itu yang kita akan peroleh kelak walaupun jalannya berbeza.

Wallahu'alam :)


Istikharah.


Only Allah can give the best answer for me,
Please ease my way Ya Allah.
Only Allah in my heart :')

Friends till Jannah :)

sahabat umpama pesaing. 
Bersaing antara satu sama lain ke arah satu matlamat.
 Berlumba-lumba dalam kebaikan. Hanya mencari redha-Nya.
 Menjalinkan ukhuwah kerana-Nya. Dengan mengharapkan cintanya sampai ke syurga.

Sahabat, 
maafkan aku jika cemburu dengan kebaikan ada pada dirimu,
maafkan aku jika cemburu dengan kelebihan yang ada pada dirimu,
maafkan setiap kata kata ku yang mengguris hatimu,
abaikan setiap kata yang melalaikan,
tetapi jka ada yang mendatangkan manfaat,
kau ambillah sebagai panduanmu, 

sedarkan aku jika aku leka,
sedarkan aku jika aku lupa akan nikmat Allah, 
sedarkan aku jika kufur nikmat Allah,
terima kasih kerana ada dalam setiap langkahku,
aku bersyukur kerana dipertemukan sahabat seperti kalian,

terima kasih ya Allah :) 
terima kasih kawan kawan kerana hadir dalam hidup saya :)








once you are my friend, forever you will be my friends <3

"Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati."

semoga kita dapat menjadi sahabat yang saling mengingati kepada ilahi :)

saya sayang kalian kerana Allah ! :)

pandangan Allah vs pandangan manusia .



Suatu hari Luqman Hakim telah memasuki sebuah pasar
dengan menaiki seekor baghal, manakala anaknya pula
mengikut dari belakang.  
Melihat tingkah laku Luqman  itu, sesetengah orang yang
berdiri di pinggir jalan pun berkata : 

“Lihat orang tua itu yang tidak bertimbang rasa. Dia sedapsedap duduk menaiki baghalnya sedangkan anaknya pula 
dibiarkan berjalan kaki."  


Setelah mendengarkan kata-kata yang kurang sedap dari
orang ramai maka Luqman pun turun dari baghalnya itu lalu
diletakkan anaknya di atas baghal itu dan kembali berjalan.  
Melihat yang demikian, maka sesetengah orang di pasar itu
berkata pula : 

"Sungguh biadab budak itu. Orang tuanya dibiarkan berjalan 
kaki sedangkan anaknya sedap menaiki baghal itu." 

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus
naik ke atas belakang baghal itu bersama-sama dengan
anaknya.  
Kemudian sesetengah orang ramai pula berkata lagi : 


"Lihat dua orang itu menunggang seekor baghal, alangkah
siksanya baghal itu membawa beban yang berganda." 

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka 
Luqman dan anaknya turun dari baghal itu dan
menyambungkan perjalanannya, kemudian terdengar lagi
suara orang berkata : 


"Ada baghal tetapi tuannya berjalan kaki. Alangkah
bodohnya!"  


Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah,
Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap 
manusia dan telatah mereka, katanya :
  
"Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan 
manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil 
pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang
siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi
pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."




mulut orang memang kita tidak boleh nak tutup untuk menilai dan mencari kesalahan kita tetapi percayalah jika kita mementingkan pandangan Allah kita pasti akan terpelihara di dunia dan akhirat. InsyaAllah :)






dakwah!


* Dakwah Islam itu sukar untuk memisahkan di antara agama dan masyarakat atau negara. dakwah Islam mencakupi kedua-duanya sekali.

* Dakwah juga mementingkan hati dan perasaan org lain.

* berhemah lah dalam berdakwah agar ilmu yg kamu beri menusuk ke kalbu :)



syukur dalam setiap keadaan :)

Ketika Nabi Ayub a.s diuji dengan kesakitan,kehilangan anak-anak dan lain-lain ujian, isteri baginda bertanya:

"Sampai bilakah perkara ini akan berterusan?"

Nabi Ayub a.s bertanya: "Berapa tahunkah kita diuji?"

"7 tahun" jawabnya

Nabi Ayub a.s bertanya lagi: "Berapa tahun kita dikurnia dengan nikmat yang pelbagai?"

"80 tahun" jawab isteri baginda.

Kata Nabi Ayub a.s lagi: "Bagaimana sanggup engkau mempersoal ujian dariNya yang baru beberapa tahun sedangkan nikmat telah Dia berikan kepada kita selama 80 tahun?"

Setiap hari Dia memberi rezeki yang melimpah ruah kepada kita dan sesekali Dia akan mengambilnya semula bukan

 kerana Dia tidak sayangkan kita tetapi kerana Dia mahu melihat setegar mana kita berhadapan dengan ujian-Nya.

 maka kita perlu redha :)



sahabat :)


apabila kita ingin berteman, janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin satu kelemahan kau mungkin akan menjauhinya.

andai kau ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya kerana mungkin dengan satu keburukan kau akan membencinya.

andai kau ingin sahabat yang satu janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya.

andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tidak pandai menceriakan kau mungkin akan menyalahinya

andai kau ingin bersahabat, terimalah dia seadanya kerana dia seorang sahabat yang hanya manusia biasa.

jangandiharapkan semuanya sempurna kerana kau juga tidak sempurna.

tiada yang biasa-biasa menjadi satu sempurna.

tetapi bersahabatlah kerana Allah.

InsyaAllah sampai ke syurga :)

Ya Allah, kau peliharalah sahabat sahabat ku daripada jauh menyimpang ke jalan mu.
andai itu akan berlaku kau kembalikanlah mereka dalam keadaan bertaubat kepadamu.
sesungguhnya hanya engkau yang punya kuasa atas segala sesuatu :')

Allah .


All the time you get trouble.
try to control the situation.
don't worry because Allah is always by our side :)

Just smile :)


cemburu ?

why i should feel like this ?
confius *.*


Ya Allah hanya engkau yang memahami hati ini. dan selamanya hanya engkau sahaja yang tahu segala isinya :

kau buangkanlah perasaan. ianya akan membuatkan hambamu leka dengan dunia sedangkan akhirat mu sedang menanti. 

tetapi aku tahu tidak engkau sengaja menjadikan perasaan ini.

cepat atau lambat hikmah nya pasti akan ku temui.

Ya Allah, berilah aku kekuatan ya Allah. aku insan yang lemah lagi hina

hanya engkau tempat aku meminta dan hanya pada engkau aku minta pertolongan.



"dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan dan kepada kamilah kamu semua dikembalikan" 
(al- Anbiyaa' : 35)